*ALHAMDULILLAH*
Bersyukur kepada ALLAH atas kurniaanNya yang tidak berbelah bahagi. Pada Malam Khamis, 8 April 2021 hari istimewa kami semua telah bersama Pak Syeikh dan Bunda berbuka Puasa (Juadah istimewa Sup 'Gear Box') di *Rumah Sehat AS-SALAM* Binjai yang sekaligus merupakan majlis perasmiannya pembukaan nya di Kota Binjai.Majlis ini yang telah dihadiri oleh hampir semua anggota Majlis Dzikir AS-SALAM di Binjai telah diwarnai dengan aktiviti seperti pembelajaran mengenai Teknik rawatan, Tausiyah Pengajian,Pentalqinan dan sesi Soal Jawab yang santai bersama Pak Syeikh di akhir Majlis.
Bersama kita semua mendoakan agar dengan Pembukaan Rumah Sehat AS-SALAM Binjai ini akan dapat memperkembangkan lagi Dakwah Mjlis Dzikir AS-SALAM di Kota Medan dan Binjai khususnya dan seluruh Indonesia secara amnya. Aaminn Ya Robbal Aalaminn.