Madrasah Tahfiz Daarul Iman Medan ( Lelaki) ditubuhkan sejak 2020 yang lepas , setelah Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham mengambil alih pengursan Madrasah tahfiz berkenaan kerana badan pengurusannya mengalami masalah membiayai dana pembelajaran dan pembiayaan anak-anak madrasah berkenaan.
Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan ahli-ahli Majelis Dzikir As-Salam membantu mengumpul dana yang diperlukan, peralihan pengurusan dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. Anak-anak madrasah ini telah menerima bantuan biaya makanan dan keperluan lain dalam meneruskan pengajian mereka dalam menghafal dan mempelajari Al- Quran.
Adalah menjadi harapan Majelis Dzikir As-Salam untuk melahirkan ramai Huffazyang menghafal dan memahami Al- Quran sekaligus menyambung usaha dakwah secara berterusan. InysaAllah .
![]() |
Sesi taklimat dan Suai-Kenal Anak-Anak Tahfiz Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan |
![]() |
Rutin Hafalan dan Tarbiah Anak-Anak Tahfiz Daarul Iman As-Salam |
![]() |
Alhamdulillah Perkongsian Rezeki Bersama Anak- Anak Tahfz Daarul Iman |
![]() |
Barisan Anak-Anak Tahfiz Daarul Iman As-Salam , Medan |