TAUSIYAH: *Infaq / Sedekah itu Menjadikan Pemberi Infaq / Sedekah (Penderma) Menjadi ?*

 *Infaq / Sedekah itu Menjadikan Pemberi Infaq / Sedekah (Penderma) Menjadi ?*

Sebagaimana Firman (sebagai Janji) *ALLAH*:
مَنْ ذَا الَّذِيْ يُقْرِضُ اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهٗ لَهٗٓ اَضْعَافًا كَثِيْرَةً ۗوَاللّٰهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۣطُۖ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ
Terjemahan:
Barangsiapa meminjami ALLAH dengan pinjaman yang baik maka ALLAH melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. ALLAH menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-NYA lah kamu dikembalikan.
(QS. Al-Baqarah [2]: 245)
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada ALLAH sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya ALLAH melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-NYA lah kamu semua dikembalikan.
(QS. Al-Baqarah [2]: 245)
قُلْ اِنَّ رَبِّيْ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَّشَاۤءُ مِنْ عِبَادِهٖ وَيَقْدِرُ لَهٗ ۗوَمَآ اَنْفَقْتُمْ مِّنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهٗ ۚوَهُوَ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ
Terjemahan:
Katakanlah, “Sungguh, TUHANku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang DIA kehendaki di antara hamba-hamba-NYA.” Dan apa saja yang kamu infakkan, ALLAH akan menggantinya dan DIA lah pemberi rezeki yang terbaik.
(QS. Saba' [34]: 39)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya TUHANku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA di antara hamba-hamba-NYA, dan IA juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya; dan DIA lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
(QS. Saba' [34]: 39)
Sedekah Melipat Gandakan Rezeki
Bukan sahaja sedekah membuka pintu rezeki seseorang, tetapi bahkan bersedekah juga melipat gandakan rezeki yang ada pada kita. Janji ALLAH dalam Al-Quran bahawa ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala (SWT) akan melipat-gandakan sedekah kita menjadi 700 kali lipat.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurnia-NYA, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-NYA.
(QS. Al-Baqarah [2]: 261)
*Menjadi Kaya (Rich) dengan Sedekah ?*
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham