TAUSIYAH : *Jangan sekali-kali Ada Niat Apatahlagi Mengambil Hak ALLAH, kerana itu Bukan Hakmu maka Jangan Lakukan, Jangan Hukum dan Balas Perbuatan Buruk Orang Kepada Kita baik melalui Lisan / Perkataanmu atau Perbuatanmu, kerana ALLAH Yang Punya Hak*

 *Jangan sekali-kali Ada Niat Apatahlagi Mengambil Hak ALLAH, kerana itu Bukan Hakmu maka Jangan Lakukan, Jangan Hukum dan Balas Perbuatan Buruk Orang Kepada Kita baik melalui Lisan / Perkataanmu atau Perbuatanmu, kerana ALLAH Yang Punya Hak*

Nasihat Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham
Fahamkan:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ بْنِ سُفْيَانَ، أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ ثَابِتٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ، قَالَ حَدَّثَنِي ضَمْضَمُ بْنُ جَوْسٍ، قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ “‏ كَانَ رَجُلاَنِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَآخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لاَ يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ ‏.‏ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَىَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لاَ يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ ‏.‏ فَقُبِضَ أَرْوَاحُهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ ‏.‏
Diceritakan oleh Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu:
Aku mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda tentang dua orang lelaki dari Bani Israil yang saling mengenal sejak lama yang sama-sama memiliki keinginan yang sama untuk akhirat (mujtahid fil ibadah). Lelaki yang satu kemudian berbuat dosa sementara lelaki yang lain selalu berusaha beribadah sebaik-baiknya.
Lelaki yang rajin beribadah itu terus-terusan mengamati temannya melakukan dosa kemudian berkata, “Hentikan perbuatanmu!”
Di hari lain, dia melihat temannya melakukan dosa (lagi) maka dia berkata, “Hentikan perbuatanmu!”
Temannya menjawab, “Biarkan aku dengan TUHAN-ku. Apakah ALLAH mengirimmu untuk menjadi pengawasku?”
Lelaki itu berkata, “Demi ALLAH, ALLAH tidak akan mengampunimu, dan tidak akan ALLAH memasukkanmu ke surga!” (wallahi la yaghfirullah laka aw la yud khilukal jannah)
Pada akhirnya keduanya dipanggil menghadap Rabbal Alamin (Sang Pemilik Alam Semesta).
ALLAH bertanya kepada lelaki yang rajin beribadah itu, “Apakah kau mengerti tentang AKU atau apakah kau memiliki kekuatan yang AKU miliki?”
ALLAH lalu berkata kepada lelaki yang telah berbuat dosa: “Masuklah ke dalam surga atas rahmat-KU!” (fadkhulil jannata birahmati)
Tentang lelaki yang satu lagi (yang rajin beribadah tapi menuding yang lain sebagai pendosa, mengambil hak ALLAH), ALLAH berkata: “Masukkan dia ke dalam neraka!” (lil akhariz habu bihi ilannar)
Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata: Dan demi Sang PEMILIK Hidupku, satu kata yang lelaki itu ucapkan di dunia menghancurkan dirinya di akhirat. (wallazi nafsi biyadihi latakallama bikalimatin aw baqat dunyahu wa akhiratah)
Sahih Al-Albani, Sunan Abi Dawud 4901.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham