TAUSIYAH *Jom! Kita Cinta (MenCintai) ALLAH Melebihi dari Apapun Sehingga Manis (Lezatnya) Iman Boleh Kita Rasakan*

 Tausiyah : *Jom! Kita Cinta (MenCintai) ALLAH Melebihi dari Apapun Sehingga Manis (Lezatnya) Iman Boleh Kita Rasakan*

Sesiapa sahaja yang beriman harus mempunyai rasa Cinta kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala (SWT).
Seseorang yang beriman belum tentu akan merasakan manisnya beriman. Sedangkan, manisnya beriman sendiri hanya boleh didapatkan apabila seorang hamba menCintai ALLAH SWT melebihi cintanya kepada segala sesuatu yang lain.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (SAW) pernah berkata sebagaimana yang diriwayatkan Anas bin Malik:
لنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Yang maknanya: “Ada tiga perkara yang jika ketiganya dimiliki seseorang maka dia (dapat) merasakan manisnya iman. Iaitu orang yang hanya menCintai ALLAH dan Rasul-NYA, orang yang hanya mencinta atau tidak mencinta kerana ALLAH, dan orang yang enggan (tidak mahu) kembali dalam kekufuran setelah ALLAH menyelamatkannya dari kekufuran itu sebagaimana dia enggan dilemparkan ke dalam neraka."
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Raudhah Al-Muhibbin menjelaskan, cinta seseorang kepada Rasulullah SAW juga sudah termasuk Cintanya kepada ALLAH.
Sedangkan, Cintanya seseorang kepada ALLAH itu maka semua yang dimaksudkan kepadanya adalah kerana ALLAH SWT.
Jika seorang hamba mencintai bukan kerana ALLAH, keCintaannya kepada ALLAH pasti akan berkurang, bahkan semakin lemah. Cinta seseorang akan menjadi Benar jika dia membenci apa yang dibenci ALLAH, iaini kekufuran.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadits di atas, kebencian itu harus seperti kebencian seseorang jika dilemparkan ke dalam neraka.
Tidak dapat diragukan lagi, inilah Cinta yang paling Agung iaitu menCintai ALLAH melebihi cinta terhadap segala sesuatu.
Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham