TAUSIYAH :*Kuatkan Iman*

 Tausiyah :*Kuatkan Iman*

Menurut bahasa, Iman adalah percaya atau membenarkan. Menurut istilah, Iman adalah kepercayaan yang diyakini kebenarannya dalam hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan perbuatan.
Iman secara bahasa ertinya membenarkan (tashdiq), yang hampir sama maknanya dengan pengertian iman dalam istilah. Iman secara istilah ertinya adalah mengucapkan dengan lisan, membenarkan dalam hati, dan mengamalkan dalam perbuatan.
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada ALLAH dan Rasul-NYA, dan kepada Kitab Al-Qur'an yang telah diturunkan kepada Rasul-NYA (Muhammad, S.A.W), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu.
Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada ALLAH, dan Malaikat-Malaikat-NYA, dan Kitab-Kitab-NYA, dan Rasul-Rasul-NYA dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(QS. An-Nisaa' [4]: 136)
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham