TAUSIYAH :- *Mencapai Kesempurnaan Iman dengan Hakikat kerana Telah Makrifatullah*

 Tausiyah :- *Mencapai Kesempurnaan Iman dengan Hakikat kerana Telah Makrifatullah*

Istilah makrifatullah yang secara bahasa bererti mengenal ALLAH Azza wa Jalla, termasuk istilah yang cukup populer di kalangan kaum Muslimin.
Kerana semua yang beriman sepakat meyakini bahawa mengenal ALLAH Azza wa Jalla dan menCintai-NYA merupakan kewajiban dan tuntutan yang paling utama dalam Islam.
Bahkan istilah makrifatullah selalu diidentikkan (disamakan) oleh para Ulama Ahlus Sunnah dengan kesempurnaan iman dan takwa kepada ALLAH Azza wa Jalla. ALLAH Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Sesungguhnya yang takut kepada ALLAH diantara hamba-hamba-NYA, hanyalah orang-orang yang berilmu (mengenal ALLAH Azza wa Jalla).” [QS. Fâthir (35): 28]
Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata:
“Semakin bertambah pengetahuan seseorang hamba tentang ALLAH Azza wa Jalla, maka semakin bertambah pula rasa takut dan pengagungan hamba tersebut kepada-NYA…, yang kemudian pengetahuannya ini akan mewariskan (membuatkan) perasaan malu, pengagungan, pemuliaaan, merasa selalu diawasi, kecintaan, bertawakal, selalu kembali, serta ridha dan tunduk kepada perintah-NYA.”
Syeikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullah berkata,
“Semakin banyak pengetahuan seseorang tentang ALLAH, maka rasa takutnya kepada ALLAH pun semakin besar, yang kemudian rasa takut ini menjadikan dirinya (selalu) menjauh dari perbuatan-perbuatan maksiat dan (sentiasa) mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Dzat yang ditakutinya (iaitu ALLAH Azza wa Jalla).”
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham