Projek Kedai Makan Percuma (KMP) - Majelis Dzikir As-Salam


Idea Projek Kedai Makan Percuma (KMP) dicetuskan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham. Projek ini dilaksanakan bersesuaian dengan tuntutan ayat Al Quran Surah Al Fajr ayat 15-20 iaitu :-
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" (Al-Fajr 89:15)
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" (Al-Fajr 89:16)
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); (Al-Fajr 89:17)
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; (Al-Fajr 89:18)
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), (Al-Fajr 89:19)
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! (Al-Fajr 89:20)
Projek ini mula di laksanakan sejak Oktober 2021 sehingga kini di Tanggerang, Indonesia melalui sumbangan bulanan oleh ahli-ahli Pertubuhan Dzikir As-Salam dari Malaysia dan Indonesia.
Projek ini mensasarkan 100 Kotak Makanan Percuma yang akan di edarkan pada setiap hari kepada penduduk setempat di sekitar Tanggerang , Jakarta Indonesia.
Sebagai salah satu cabang dakwah dan amal dan kebajikkan, kami ingin membuka peluang untuk sama-sama melakukan kebaikkan dengan memberi makan kepada orang yang lapar sesuai dengan ayat Al-Quran di atas. Kami juga dalam perancangan untuk menjalankan projek ini di Malaysia . Jika berminat boleh hubungi Ustaz Husaini (Presiden Pertubuhan Dzikir As-Salam , Malaysia) :- 0124647721