TAUSIYAH : *H a k i k a t*


 Tausiyah : *H a k i k a t*

Ilmu Hakikat adalah ilmu yang berbicara tentang bentuk keBenaran yang ditentukan atau ditetapkan oleh TUHAN dan tak dapat diubah lagi oleh manusia sehingga manusia mahu tak mahu harus menerimanya sebagai keBenaran dan bentuk keBenaran seperti itu disebut sebagai 'keBenaran Hakiki'.
Apakah yang dimaksud dengan Trilogi Tasawuf? Menurut Sayid Bakari, Trilogi Tasawuf merupakan kumpulan tingkatan penting dalam olah spiritual seorang salik.
Ia menyebutkan, sedikitnya ada tiga tahapan dalam dunia tasawuf yang harus dilalui oleh para salik. Ketiga jenjang ini pada dasarnya adalah pengejewantahan (perwujudan) dari makna Takwa.
Agar tidak terjadi ketimpangan, maka ketiganya harus diterapkan secara keseluruhan, yakni Syariat, Tarekat dan Hakikat untuk mencapai puncak Makrifat (pengetahuan).
Syariat tanpa Hakikat adalah kosong dan Hakikat tanpa Syariat adalah batal serta tak berdasar.
Jenjang tertinggi dalam Dunia Tasawuf adalah Hakikat, iaitu keberhasilan salik mencapai arti dari sebuah ritual tertinggi, iaini Makrifat.
Makrifat adalah kemampuan untuk berkomunikasi dan melihat cahaya penampakan tajalli akan TUHAN Yang Maha Esa. Menurut Imam Al-Ghazali tajalli merupakan penglihatan di dalam hati terhadap cahaya-cahaya alam gaib, terlebih khusus cahaya ALLAH SWT.
Makna ini selaras dengan pendapat yang disampaikan oleh Al-Qusyairi, tatkala membedakan antara definisi Syariat dan Hakikat. Menurut dia, Syariat adalah melaksanakan ritual (ibadat) penghambaan dan Hakikat adalah melihat esensi dan keTUHANan dengan hatinya.
Untuk mencapai ketiga piramida trilogi tasawuf ini bukan hal mudah. Makanya, Imam As-Sya’rani menegaskan dalam mukaddimah kitab Al-Manan Al-Kubra, bahawa hampir seluruh Syeikh Tarekat Tasawuf sepakat bahawa tak seorang pun boleh mengajarkan dan memberikan bimbingan tentang Hakikat, kecuali telah menguasai Syariat secara Benar dan mendalam.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham