Tausiyah : *Bukan Dipaksa tapi Itu Cara Agama iaini Syariat yang ALLAH SWT Ajarkan dan juga Rasulullah SAW Berikan Contoh, Mahu Apa?*
Seringkali terbesit dalam hati kita mengerjakan amalan baik (amal shalih), seperti sedekah, menolong orang lain dan kebaikan lainnya. Namun, tak jarang kita lebih suka menunda-nunda amalan tersebut kerana satu dan lain hal.
“Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?” Lalu, Beliau menjawab,
“Bersedekah selama kamu masih sihat, bakhil (suka harta), takut miskin, dan masih berkeinginan untuk kaya. Dan janganlah kamu menunda-nunda, sehingga apabila nyawa sudah sampai di tenggorokan maka kamu baru berkata, “Untuk fulan sekian dan untuk fulan sekian’, padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan (ahli warisnya).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Salah satu pelajaran yang terkandung dalam hadits tersebut iaitu anjuran untuk kita agar bersegera menunaikan sedekah dan melaksanakan amalan-amalan lain, dan jangan pernah menunda-nunda dalam berbuat kebaikan.
Sufyan bin Sa’id Ats-Tsaury Rahimahullah berkata: "Jika engkau ingin mengeluarkan shadaqah, atau melakukan sebuah kebaikan, atau amal shalih, maka segera laksanakan sejak saat itu, sebelum syeitan (setan) menghalangi dirimu untuk melakukannya."
(Hilyatul Aulia Jilid 7 Hal 62).
Hal ini selaras dengan Firman ALLAH SWT, “Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang Benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.” (QS. Az-Zukhruf ayat 37)
Sahabat-Sahabat kebaikan yang bersamaku, untuk itu jika kita mempunyai niat untuk berbuat baik hendaknya bersegera melakukannya agar kita segera memperoleh kebaikan dan sebagai upaya kita untuk menyempurnakan kebaikan yang kita lakukan.
Yang special para *Sahabat-Sahabat dari Ahli Kedai Makan Percuma*, jom untuk segera lakukan beri makan percuma (gratis) untuk mereka yang sedang berpuasa sehingga mereka dapat berbuka puasa dengan makanan pemberian (derma / infaq) dari kita iaini dari Kedai Makan Percuma, *Luar Biasa*! Luar Biasa di hadapan ALLAH Yang Maha Luar Biasa, raih!