Tausiysh : *Manfaat Makrifat dalam Kehidupan*
Dikatakan, kelebihan orang yang memiliki sifat makrifat adalah dibukanya seluruh kekuatan batinnya untuk melihat alam, ruh para malaikat, ruh para nabi dan sesuatu yang indah yang tidak ada di dunia. Menurut salah satu ulama, batin manusia makrifat dapat melihat alamul malakut.
*Manfaat Makrifat di bawah ini yang Lebih Kamu Perlukan maka BerMakrifat lah...*
Dalam Agama Islam, tentu umat muslim sudah memahami bahawa syeitan merupakan salah satu makhluk ciptaan ALLAH yang ada, adalah untuk mengganggu (merosak) manusia. Syeitan dapat mempengaruhi fikiran manusia untuk melakukan sesuatu tindakan atau hal yang buruk. Jika manusia tergoda dan mengikuti fikiran tersebut, maka syeitan berhasil membawa manusia pada hal yang dibenci oleh ALLAH.
Meskipun dalam ajaran sangat wajar terjadi, namun manusia perlu meningkatkan Iman dan Takwa kepada ALLAH agar sentiasa dilindungi dari segala godaan syeitan. Jika umat muslim dapat meneguhkan Iman dan berani melawan segala fikiran buruk, tentu akan mendapatkan lebih banyak keBaikan dan kemudahan dari ALLAH.
Sifat demikian dalam Agama Islam (meneguhkan / menguatkan Iman dan berani melawan syeitan) sering disebut dengan Makrifat. Makrifat dapat dimaknai juga sebagai sifat berani melawan syahwat, amarah, dan mampu meninggalkan berbagai hal buruk yang dilarang dalam agama.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham