Tausiyah : Dengan Niat *By Intention*
Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham
Rasulullah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
عَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Umar Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya.
Barangsiapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA, dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Syarh (Penjelasan)
Imam Bukhari menyebutkan hadits tentang niat ini di awal kitab shahihnya sebagai mukadimah kitabnya, di sana tersirat bahawa setiap amal yang tidak diniatkan kerana mengharap Wajah ALLAH adalah sia-sia, tidak ada hasil sama sekali baik di dunia maupun di akhirat.
Al-Mundzir menyebutkan dari Ar Rabi’ bin Khutsaim, ia berkata, “Segala sesuatu yang tidak diniatkan mencari keridhaan ALLAH ‘Azza wa Jalla, maka akan sia-sia”.
Abu Abdillah Rahimahullah berkata, “Tidak ada hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang lebih banyak, kaya dan dalamnya faedah daripada hadits ini”.
Abdurrahman bin Mahdiy berkata, “Kalau seandainya saya menyusun kitab yang terdiri dari beberapa bab, tentu saya jadikan hadits Umar bin Al-Khattab yang menjelaskan bahawa amal tergantung niat ada dalam setiap bab”.
Mayoritas (majority) ulama salaf berpendapat bahawa hadits tentang niat ini sepertiga Islam.
Mengapa demikian?
Menurut Imam Baihaqi, kerana tindakan seorang hamba itu terjadi dengan hati, lisan dan anggota badannya, dan niat yang tempatnya di hati adalah salah satu dari tiga hal tersebut dan yang paling utama.
Menurut Imam Ahmad adalah, kerana ilmu itu berdiri di atas tiga kaidah, di mana semua masalah kembali kepadanya, iaitu:
Pertama, hadits “Innamal a’malu binniyat” (Sesungguhnya amal itu tergantung dengan niat).
Kedua, hadits “Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amrunaa fahuwa radd” (Barangsiapa yang mengerjakan suatu amal yang tidak kami perintahkan, maka amal itu tertolak).
Ketiga, hadits “Al Halaalu bayyin wal haraamu bayyin” (Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas).”
Di samping itu, niat adalah tolok ukur suatu amalan; diterima atau tidaknya tergantung niat dan banyaknya pahala yang didapat atau sedikit pun tergantung niat.
Niat adalah perkara hati yang urusannya sangat penting, seseorang boleh naik ke derajat shiddiqin dan dapat jatuh ke derajat yang paling bawah disebabkan kerana niatnya.
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam membuatkan perumpamaan terhadap kaidah ini dengan hijrah; iaitu
Barangsiapa yang berhijrah dari negeri syirik mengharapkan pahala ALLAH, ingin bertemu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menimba ilmu syari’at agar dapat mengamalkannya, maka berarti ia berada di atas jalan ALLAH (fa hijratuhuu ilallah wa rasuulih), dan ALLAH akan memberikan balasan untuknya.
Sebaliknya, barangsiapa yang berhijrah dengan niat untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak mendapatkan pahala apa-apa, bahkan jika ke arah maksiat, ia akan mendapatkan dosa.
Niat secara istilah adalah keinginan seseorang untuk mengerjakan sesuatu, tempatnya di hati bukan di lisan sahaja.
Wallahu A'lam Bishawab.
Terimakasih.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham