TAUSIYAH : *( F A S I K )**Mereka Ada Diantara Kita ?*

 Tausiyah :*Siapakah Mereka Itu ?*

*( F A S I K )*
*Mereka Ada Diantara Kita ?*
*Bahaya menjadi Orang Fasik yang Mereka itu Lupa Akan Dirinya Sehingga Tidak Sedar Lupa kepada ALLAH walaupun Mereka Sholat yang Mereka Tidak Terhindar dari Berbuat Keji dan Mungkar.*
Dalam Al-Qur'an, ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala (SWT) juga mengingatkan agar jangan sekali-kali bertindak seperti orang-orang yang lalai dan lupa diri, yang dekat dengan ciri-ciri orang fasik.

ALLAH SWT berfirman:
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH, sehingga ALLAH menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS. Al-Hasyr: 19)

Menurut pakar tafsir Al-Ashfahani, fasik bermakna kharaja 'an hajr al-syar'i (keluar dari pangkuan syariat atau agama). Istilah fasik digunakan untuk menyebut orang-orang yang kepadanya telah berlaku hukum-hukum ALLAH (syariat), tetapi mereka menolak dan menentang baik seluruhnya mahupun sebahagian besar darinya.

Jadi, istilah ini dipergunakan untuk menyebut orang-orang yang banyak melakukan dosa, baik dosa kepada TUHAN mahupun *dosa kepada sesama manusia*. (Al-Mufradat fi Gharib Al-Qur'an, 380)
Dalam Surah Al-Baqarah: 26-28, ALLAH SWT secara jelas menggambarkan ciri-ciri orang fasik.

Pertama, mereka adalah orang-orang yang merusak janji mereka kepada TUHAN. Mereka berjanji untuk menuhankan ALLAH SWT dan menyembah hanya kepada-NYA. Nyatanya, mereka menyembah syeitan (QS. Yasin: 60) dan menuhankan hawa nafsu mereka sendiri (QS. Al-Furqan: 43).

Kedua, mereka adalah orang-orang yang memutuskan sesuatu yang diperintahkan ALLAH agar disambung, seperti silahturami dan silaturahim. Maksudnya, mereka adalah orang yang suka memutuskan tali silaturahim dan merampas hak-hak kerabat.

Ketiga, mereka adalah orang-orang yang suka berbuat jahat dan kerusakan di muka bumi.

"Dari sini dapat difahami bahawa fasik pada dasarnya adalah sikap lupa diri." Logikanya begini, seorang manusia, kerana lupa diri, dia menjadi lupa kepada TUHAN. Dengan lupa kepada TUHAN, pastilah dia melawan dan menabrak Perintah dan Hukum TUHAN. Dengan melanggar Perintah ALLAH, mengerjakan larangan ALLAH serta keluar dari Hukum-Hukum ALLAH dengan kebodohannya dia merasa bahawa diri dia yang benar, bukan ALLAH!

Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham