TAUSIYAH : *KEUTAMAAN MAJLIS DZIKIR*

 Tausiyah : *KEUTAMAAN MAJLIS DZIKIR*

Majlis Dzikir merupakan majlis yang sangat mulia di sisi ALLAH Ta’ala dan memiliki berbagai keutamaan yang agung. Diantaranya:
Pertama: Majlis Dzikir adalah taman surga di dunia ini.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
”Jika kamu melewati taman-taman surga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya,
”Apakah taman-taman surga itu?” Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab,
”Halaqah-halaqah (kelompok-kelompok) Dzikir.”
Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,
”Barangsiapa ingin menempati taman-taman surga di dunia, hendaklah dia menempati Majlis-Majlis Dzikir; kerana ia adalah taman-taman surga.”
Kedua: Majlis Dzikir merupakan majlis malaikat. Juga menjadi penyebab turunnya ketenangan dan rahmat ALLAH. ALLAH membanggakannya kepada malaikat. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersbada:
لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Tidaklah sekelompok orang duduk berDzikir kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat (ALLAH) meliputi mereka, ketentraman turun kepada mereka, dan ALLAH menyebut-nyebut mereka di hadapan (para malaikat) yang ada di sisi-NYA.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan
***Rutin Majlis zikir tetap dijalankan secara atas talian kerana PKP di Malaysia.