Tausiyah :*Keutamaan (Fadhilah) dan Pahala / Kebaikan kepada Sesiapa yang Memberi Makan dan Minum*
(Apatahlagi Memberi Makan dan Minum untuk Anak-Anak Yatim dan Yang sedang Belajar Menghafal Al-Qur'an)
1. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan." (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)
2. Diriwayatkan, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Raslulullah, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Agama Islam? Maka Rasul SAW menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)
3. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di surga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang Arab Badui berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi SAW menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang sentiasa berpuasa dan sholat pada malam hari di waktu manusia sedang tidur.” (HR. Tirmidzi: 1984)
4. Nabi SAW bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, sholatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Surga dengan selamat.” (HR. Tirmidzi, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah.
5. Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka ALLAH akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu Surga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)
6. Nabi SAW bersabda, “Ada seorang wanita pezina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sumur (perigi) tersebut sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Kemudian wanita itu melepas sepatunya (dan menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.” (HR. Muslim: 2245)
Imam Ibnu Hajar mengatakan, “Jika dengan memberikan minum pada anjing bisa mendapatkan pengampunan dosa, maka memberi minum pada manusia tentu pula akan mendapatkan pahala yg besar.” (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari 5: 42)
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham