TAUSIYAH : Rabithah (Video ) dan Wushul

 *R a b i t h a h*

Untuk tambah kefahaman, sila tonton video singkat tersebut.
Penjelasan:
*Musalsal* maknanya yang terangkai atau yang berangkai (terkait, kait mengait).
Menurut bahasa musalsal berasal dari kata يُسَلْسِلُ,سَلْسَلَةٌ ,سَلْسَلَ yang berarti berantai dan bertali menali.
Hadits ini dinamakan musalsal kerana ada kesamaan dengan rantai (silsilah) dalam segi pertemuan pada masing-masing perawi atau ada kesamaan dalam bahagian-bahagiannya.
*Wushul*
الوصول إلى الله الذي يشير إليه أهل هذه الطريقة هو الوصول إلى العلم الحقيقي بالله تعالى وهذا هو غاية السالكين ومنتهى سير السائرين وأما الوصول المفهوم بين الذوات فهو متعال عنه
Maknanya,
“Wushul ilallah yang diisyaratkan oleh tarekat ini adalah sampainya seseorang pada ilmu hakiki terhadap ALLAH.
Pengetahuan hakiki ini adalah puncak (top of the top) para pesuluk dan titik perhentian akhir perjalanan pejalan ruhani.
Sedangkan wushul yang dimaksud dengan penyatuan zat (ALLAH dan hamba), niscaya ALLAH Maha Suci dari itu,” (Lihat Ibnu Abbad, Ghayatul Mawahibil Aliyyah fi Syarhil Hikam Al-Athaiyyah, [Indonesia, Al-Haramain Jaya: tanpa tahun], juz II, halaman 39).
Wushul ilallah merupakan capaian spiritual seseorang dalam menempuh jalan ilahi.
Orang yang sampai (washil) akan lebih bijak dalam memandang manusia, haiwan, dan alam semesta melalui pengalaman spiritualnya.